expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 3 March 2013

9 BINATANG KECIL BERBAHAYA KEPADA MANUSIA



9. Kutu





Kutu menghisap darah dan menghuni badan binatang lain (termasuk manusia). Kutu sukar untuk dihapus dan penghapusan harus dilakukan dengan hati-hati kerana kutu akan meninggalkan bahagian kepala yang kemudian dapat menyebabkan infeksi serius.


Menurut Wikipedia, kutu keras (hard ticks) dapat menyebarkan penyakit kepada manusia seperti penyakit Lyme, demam Rocky Mountain , tularemia, equine ensefalitis, demam kutu Colorado, African Tick Bite Fever, dan beberapa bentuk ehrlichiosis.


8. Tarantula Hawk





Tarantula Hawk diberi nama sesuai fakta bahawa binatang ini membunuh tarantula sebagai makanan larva mereka. Sengatan binantang ini dinilai sebagai salah satu sengatan yang paling menyakitkan di dunia (walaupun tidak sesakit seperti semut api ).


Salah seorang pengkaji menggambarkan “[...] sengatan sebagai penyebab langsung, rasa sakit yang menyiksa dan menghilangkan kemampuan seseorang untuk melakukan apa pun, kecuali, mungkin, menjerit. Keadaan mental tidak berfungsi dalam situasi ini.” Tarantula Hawk adalah ‘serangga rasmi’ negara New Mexico.


7. Lalat Tsetse





Lalat ini merupakan lalat penyegat besar dari Afrika yang menghisap darah binatang vertebrata. Lalat ini diketahui menyebabkan penyakit tidur pada manusia dan Nagana kepada binatang ternak.


Penyakit tidur adalah penyakit parasit pada manusia dan binatang yang disebabkan oleh Trypanosoma, suatu protozoa yang ditularkan oleh lalat Tsetse.


Gejala penyakit tidur dimulai dengan demam dan sakit kepala lalu merebak di bahagian belakang leher. Setelah itu, mangsa mungkin mengalami tidur siang hari dan insomnia.


Ini boleh mengakibatkan kematian akhirnya.


6. Africanized Bees





Lebah ini juga disebut lebah pembunuh, dan merupakan spesis dari 26 ratu lebah Tanzania yang dibesarkan dengan spesies lain setelah mereka tanpa sengaja dibebaskan dari sarang di Brazil.


Apa yang membuat lebah boleh membunuh adalah sifat dasar pertahanan lebah ini dan kecenderungan untuk berkerumun menyerang mangsa bersama.


Selain itu, lebah ini cenderung mengikut mangsa malah sehingga jauh dari sarang. Lebah ini sangat ageresif ketika menyerang memastikan potensi ancaman kematian yang sangat menyakitkan bagi mangsa.


5. Deathstalker





Merupakan sebuah spesies kala jengking yang sangat berbahaya kerana racunnya. Racun itu sebenarnya adalah campuran neurotoxins kuat.


Meskipun, racun tidak akan membunuh orang dewasa yang sihat, boleh memberi kesan besar kepada kanak-kanak dan orang tua.


Ironinya, komponen racun (peptida chlorotoxin) mempunyai potensi untuk menyembuhkan tumor otak manusia sedangkan racun lain dapat membantu melawan diabetes.


4. Black Widow





Merupakan salah satu spesies labah-labah yang paling terkenal, terutama kerana racunnya yang boleh menyebab kesan teruk kepada manusia. Racunnya dikatakan lebih kuat daripada ular derik.


Jantan dan betina mempunyai tanda berbentuk jam pasir di bawah perut mereka. Labah-labah betina relatif lebih besar daripada jantan dan bertentangan dengan kepercayaan popular masyarakat, jarang labah-labah betina memakan labah-labah jantan setelah bersama.


3. Army Ants





Semut ini banyak ditemui di Afrika dan Asia dan mampu membina sarang begitu cepat. Risiko terbesar semut ini untuk manusia adalah ketika semut ini berkerumun melalui rumah.


Ketika persediaan makanan rendah, kawanan semut ini akan berkerumun dalam jumlah hingga 50 juta semut. Ada laporan bahawa biasanya manusia dibunuh dengan membuatnya sesak nafas (semut akan sering masuk ke dalam paru-paru).


2. Bullet Ant





Satu gigitan dari serangga ini tidak akan membunuh anda, tetapi anda tidak akan pernah melupakannya. Semut ini dinamakan demikian kerana gigitannya terasa seperti ditembak dan dapat menimbulkan gigitan yang paling menyakitkan dari setiap makhluk yang dikenali manusia.


Semut ini berada di kedudukan nombor satu di Schmidt Sting Pain Index di mana semut ini digambarkan sebagai penyebab “gelombang yang panas, berdenyut, mengalahkan semua rasa sakit yang terus berlanjutan sehingga 24 jam”.


1. Nyamuk Anopheles





Nyamuk ini dianggap antara binatang yang paling berbahaya di bumi kerana menyebabkan lebih dari 300 juta pengidap malaria setiap tahun, yang menyebabkan antara 1 hingga 3 juta kematian.


Nyamuk ini dapat juga membawa demam berdarah, kaki gajah, dan demam kuning. Biasanya aktif sewaktu malam hari, jadi salah satu cara untuk melindungi diri sendiri adalah dengan menggunakan ubat serangga dan mengenakan baju lengan panjang.

36 comments:

  1. Info yg sgt menarik.. binatang yg kecil bahayanya org tak perasan. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. wei tgk2 pun dah seram sejuk but serius KA paling takut kat ular lah !

    ReplyDelete
  3. Lalat tsetse tu menakutkanla..binatang2 ni x padan ngan kecikkn?

    ReplyDelete
  4. Ohh..banyaknya..ngerinya. Kutu tu gatal kepala..selalu kecil2 berjangkit dengan seppu..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu ada kutu boleh pakai syampu kutu..ada banyak jual kat farmasi..tak pon boleh ambil di hospital atau klinik...

      Delete
  5. Buat kakak gelak dgn nama black widow -mesti selalu kena cerai suami tu yg jadi widow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..entah la..nak cakap pon tak tau asal usul nama dia nie...

      Delete
  6. Salam kenal dr kak Nurul,geli tgk kutu tu dr dekat.

    ReplyDelete
  7. info yg jarang kita perolehi tanpa membaca. good job sis.

    http://suamiohsuami.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. kecil2 cilipadi ni. hihi..

    ReplyDelete
  9. yang paling menakutkan bagi saya adalah........ TARANTULA HAWK!... menaakutkaannnn~ bayangkan dia terbang lepas tu hinggap dekat kepala kita.. waaaa...

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. memang bahaya binatang nie..awas selalu..huhu

      Delete
  11. menakutkan semuanya


    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  12. tengok semuanya kecil2 tapi berbahaya rupanya ye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya sgt2..dah berapa orang mati dah kena bisanya..huhu

      Delete
  13. dlu msa kcik2 slalu gak kena kutu nih.. gatal kpala smpai rambut trpksa potong pendek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik2 memang mudah nak berjangkit kutu..masa tu penjagaan diri sgt tak ambil berat kan

      Delete
  14. selamat malam mba.. :)
    aku mendapatkan ilmu baru disini..
    terima kasih ilmu dan infonya mba..

    ReplyDelete
  15. wah yg tarantula hawk tu pelik binatangnya....

    ReplyDelete
  16. pernah kena malaeia..sampai sekarang trauma makan ubat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..lepas nie kena tingkatkan lg tahap penjagaan kerbersihan kan..:-)

      Delete
  17. haaaa ni la org kate kecil2 cili api.. eh lebih dasat lg kot, sbb leh bwk maut

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com