expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 17 February 2013

Boleh potong kuku ketika haid




Tiada larangan untuk bercukur atau memotong kuku semasa haid.


Ada sesetengah pendapat mengatakan, seseorang itu tidak boleh memotong kuku dan perlu menyimpan rambut yang gugur ketika sedang haid. Tetapi, ada sesetengah pula yang membenarkannya. 


Ramai yang masih tertanya-tanya tentang isu memotong rambut dan kuku ketika dalam haid. Di sini seribupilihan sisipkan jawapan Imam Ibn Taymiah di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).


Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."


Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita.


Oleh kerana arahan Rasulullah tidak menunjukkan sebarang penangguhan cukur selepas mandi. Demikian juga diperintah wanita haid agar menyikat rambutnya semasa mandi junub, yang mana diketahui bahawa dengan menyikat ini boleh menggugurkan rambut (sebelum tamat mandi). 


Mudah-mudahan jelaslah kepada pembaca tentang persoalan ini. 

3 comments:

  1. pernah baca dlm buku. dulu takut gak nak potong.

    ReplyDelete
  2. Nice Entry .... mselim3 visit sini....

    mselim3

    pls:Sorry dah lama x singgah sini...

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com