expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 25 July 2012

Pengasas Megaupload kutuk Presiden AS

Kim Schmitz


WASHINGTON - Pengasas laman perkongsian Megaupload, Kim Schmitz mengutuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerusi lagu berjudul Mr President yang dimuat naik ke dalam Youtube dan turut menggelar beliau sebagai penindas hak kebebasan internet.


Sebelum ini, jutawan warga Jerman yang turut dikenali sebagai Kim Dotcom itu didakwa menyediakan kemudahan memuat turun filem, muzik, perisian dan beberapa kandungan lain secara haram.


Menerusi lagi itu, Schmitz juga menyindir keadaan politik di AS dan turut menganggap kerajaan di bawah pentadbiran Obama sebagai 'pembunuh' inovasi.


Sehingga kini, lagu tersebut telah berjaya menarik perhatian kira-kira 500,000 pengguna Youtube sejak ia mula dimuat naik pada Ahad lalu.


Awal tahun lalu, pihak berkuasa AS menuduh Megaupload telah menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion) terhadap pemilik hak cipta di seluruh dunia menerusi kemudahan percuma yang disediakan oleh mereka.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com