expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 30 June 2012

Skandal Barclays: Diamond tolak desakan letak jawatan

Bob Diamond



LONDON - Ketua Eksekutif Barclays, Bob Diamond menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan susulan skandal manipulasi kadar faedah pinjaman, yang didakwa dilakukan oleh beberapa kakitangannya.


Diamond melahirkan pendirian itu pada satu pertemuan dengan penganalisis industri perbankan dan kewangan di bank Amerika Syarikat, Morgan Stanley, demikian menurut laporan BBC.


Semalam, Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, pengurusan Barclays berhadapan dengan persoalan yang serius selepas ia didenda £290 juta (RM1.3 bilion).


Barclays dan beberapa bank yang lain sedang berhadapan dengan kemungkinan siasatan jenayah berhubung skandal itu.


Reaksi Diamond ini datang ekoran kenyataan Cameron bahawa "keseluruhan pasukan pengurusan (di Barclays) perlu menjawab beberapa soalan serius. Biar mereka jawab soalan-soalan itu terlebih dahulu."


Akhbar Financial Times pula menggesa Diamond agar meletakkan jawatan.


"Jika beliau rasa malu dengan apa yang berlaku, beliau harus meletakkan jawatan dengan segera," kata editorial muka depan akhbar itu.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com