expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 30 June 2012

Presiden Syria tolak penyelesaian asing


















DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad menolak sebarang bentuk penyelesaian krisis negara itu yang dibawa oleh pihak asing.


Laporan media semalam menyebut bahawa Utusan Khas PBB, Kofi Annan mahu membawa idea kerajaan perpaduan, yang akan melibatkan penyertaan wakil-wakil pembangkang. Ia sepatutnya dibincangkan esok.


Dalam temu bual kepada stesen TV Iran, Bashar berkata, hanya rakyat Syria yang bertanggungjawab menyelesaikan konflik negara itu.


"Isu dalam negara tiada kaitan dengan negara-negara luar," kata beliau.


"Kami perlu mengatasi sendiri perbezaan dalaman dan percanggahan pandangan," kata Bashar lagi.


Tambah beliau, tekanan asing tidak akan mempengaruhi pendirian pihaknya.


"Kami telah berhadapan dengan tekanan (seperti ini) sejak satu tempoh yang lama, ia tidak membawa apa-apa kesan pada masa lalu dan tidak akan membawa apa-apa kesan dalam masa depan," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com