expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday 28 June 2012

Buah plum baik untuk jantung




Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.


Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.


Buah plum berbentuk bulat. Kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu dan kuning. Plum dikelaskan ke dala menam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, kiar dan Eropah/taman. Walaupun kebiasaannya buah plum berbentuk bulat namun ia juga boleh berbentuk bujur.




 
Pokok plum ditanam diseluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan Negara utama penghasilan buah plum di Asia.


Buah plum memiliki khasiat dan baik untuk dimakan. Buahnya kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakkan pada  neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membrane sel. Pengambilan buah plu mjuga mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekaligus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.




 
Penglihatan yang tajam


Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan macula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.


Penyelidik mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plu memilki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.




 
Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah, kolon, osteoarthritis dan arthritis rheumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya vitamin C juga  membentuk ketahanan menetang agen-agen berjangkit, menetang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.


Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B6 dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi factor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.




 
Mengawal fungsi sistem penghadaman


Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.


Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.


Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan buah plum, namun begitu pengambilan untuk tujuan kesihatan dan perubatan perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com